HomeUtama12 rumah setinggan terbakar di Telipok, seorang mangsa melecur di bahu

12 rumah setinggan terbakar di Telipok, seorang mangsa melecur di bahu

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Seorang mangsa lelaki melecur di bahagian bahu terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah setinggan di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian, Telipok dekat sini tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada tengahari tadi (6 Feb) mengenai kejadian kebakaran itu.

Pasukan Bomba sedang memadam api di lolasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan 12 buah rumah setinggan jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang mangsa terlibat mengalami kecederaan melecur di bahagian bahu.

“Mangsa yang cedera berusia 51 tahun itu telah diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd antara agensi keselamatan lain juga turut memberikan bantuan di lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.41 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.53 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular