HomeUtamaKTYS, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia jalin kerjasama strategik

KTYS, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia jalin kerjasama strategik

Read Time:54 Second

PAHANG: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) hari ini, menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia untuk kerjasama di bidang pendidikan, rakan industri dan peluang pekerjaan.

Antara lain MoU yang ditandatangani di DRB- HICOM University, Pekan, Pahang ini, memberi peluang kepada pelajar lepasan Diploma KTYS melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam tempoh lebih pendek dan mereka juga akan mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Sehubungan dengan itu, DRB-HICOM University juga bersetuju melaksanakan program pengijazahan untuk penjawat awam di KTYS.

MoU ditandatangani Naib Canselor DRB-HICOM University, Prof Sr Datuk Dr Omar Osman dan Pengerusi Lembaga Pengarah KTYS, Datuk Tah Nia Jaman disaksikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Hj Samin Ongki dan Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Mas Sanjongan Datu Otar.

Menurut Hj Samin, pengambilan pelajar baharu melalui program kerjasama strategik ini akan bermula seawal Julai 2024.

“Selain itu pelajar-pelajar juga akan berpeluang menjalani latihan industri dan pekerjaan di anak-anak syarikat DRB-HICOM di Semenanjung Malaysia dan di Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular