HomePolitikPerjuangan Dr Jeffrey tuntut hak Sabah beri kebebasan bersuara

Perjuangan Dr Jeffrey tuntut hak Sabah beri kebebasan bersuara

Read Time:1 Minute, 33 Second

TELIPOK: Perjuangan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan menuntut hak-hak perlembagaan Sabah sehingga dipenjara hampir tiga tahun awal 1990-an telah memberi kebebasan bersuara kepada para pemimpin dewasa ini sehingga menjiwai perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Parlimen Malaysia.

Setiausaha Agung Star Sabah Datuk Edward Linggu berkata akhir-akhir ini semakin ramai pemimpin dan parti politik mengambil topik Perjanjian Malaysia (MA63) dan hak kewangan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sebagai teras perjuangan mereka.

“Kita melihat para pemimpin politik sekarang berebut-rebut memperjuangkan MA63 dan syukur semakin banyak pencapaian dalam tuntutan hak-hak Sabah,” katanya menambah, kenyataan Dr Jeffrey tentang hak Sabah tersiar di akhbar tempatan Sabah 16 Jan 1987 telah membawa beliau menjadi buruan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Edward, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Star Sabah Bahagian Karambunai di Dewan Bukit Payung, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini pada Ahad.

Justeru, Edward yang kini Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengajak ahli-ahli parti itu agar terus meningkatkan kefahaman tentang kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi setara dalam Malaysia sehingga menikmati 100 peratus hak kemerdekaan.

Terdahulu Pemangku Timbalan Presiden Star Sabah Datuk Kapitan Stephen Teo yang terpilih semula sebagai Ketua Bahagian Karambunai menegaskan, beliau bersama seluruh ahli parti di bahagian itu akan terus mendukung perjuangan Dr Jeffrey menuntut hak-hak Sabah.

Menurut Stephen, dukungan itu dinyatakan dalam penglibatan aktif pelaksanaan program parti di peringkat pusat dan bahagian.

Katanya, pelbagai program telah dijalankan di bahagian itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 melibatkan pembahagian bakul makanan, program makanan tambahan kanak-kanak, sumbangan kebajikan, penyelenggaraan beberapa kemudahan sukan dan kerjasama tinjauan visibiliti pemasangan pemancar telekomunikasi.

Hadir sama Naib Presiden Dr Paul Porodong yang juga Pengarah Strategi parti, Timbalan Ketua Wiranita Maria Gimbun dan Timbalan Ketua Wiramuda Jordan Jude Ellron.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya