HomeUtamaProses menstabilkan bekalan air di ibu negeri sedang dijalankan, dijangka selesai bulan...

Proses menstabilkan bekalan air di ibu negeri sedang dijalankan, dijangka selesai bulan ini

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu: Proses bagi menstabilkan bekalan air di kawasan Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang kini sedang dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan yang dialami pengguna ketika ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, proses itu turut melibatkan penyelarasan semula agihan air dari beberapa loji rawatan air (LRA) yang membekal air ke ketiga-tiga kawasan itu dijangka siap pada bulan ini.

“Pelaksanaan proses itu adalah sejajar dengan penambahan bekalan sebanyak 30 juta liter sehari (MLD) dari LRA Telibong 2 Fasa Dua di Tuaran yang sudah mula disalurkan ke sistem paip sedia ada, khususnya untuk kawasan Sepanggar dan utara Kota Kinabalu.

“Namun demikian kita membuat sambungan ke dalam jaringan (paip) sedia ada, jadi ini boleh membenarkan lebih kurang 30 MLD daripada 80 MLD tambahan kepada jumlah air untuk diagihkan di kawasan Sepanggar dan utara Kota Kinabalu.

“Apabila ini sudah dilakukan maka bekalan air terawat dari LRA Moyog (Penampang) boleh fokus kepada Kota Kinabalu dan LRA Kasigui (Penampang) boleh fokus di Putatan.

“Jadi, dalam sedikit masa lagi, insyaAllah kita akan dapat menstabilkan keadaan air di sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang, dijangka dalam Februari ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kerja pemulihan bekalan air di sekitar ibu negeri dan daerah berhampiran, di sini.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, ketika ini banyak tangki pengagihan bekalan air tidak dapat diisi berikutan gangguan tekanan air akibat kekurangan bekalan dari LRA sebelum ini.

Katanya, keadaan itu telah menyebabkan pengguna masih tidak menerima bekalan.

“Namun ia dijangka pulih apabila pihak JANS dapat membina semula tekanan yang mencukupi untuk menyalurkan air ke semua tangki melalui proses penstabilan bekalan.

“Di sekitar Putatan, contohnya banyak tangki agihan air kosong kerana tidak menerima bekalan dari loji disebabkan masalah tekanan. Jadi, tekanan itu perlu diwujudkan semula menerusi langkah penstabilan bekalan air,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular