HomeUtamaHentikan Tuduhan Jahat Terhadap Saya - Raghad

Hentikan Tuduhan Jahat Terhadap Saya – Raghad

Read Time:1 Minute, 37 Second

CYBERJAYA — Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merayu kepada rakyat Sarawak agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadapnya.

Dalam satu surat terbuka kepada media, Toh Puan Raghad Kurdi Taib berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai dakwaan insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di sini.

“Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita di portal dan media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini,” katanya.

Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya akan sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.

“Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

“Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat, Insya-Allah.

“Dengan ini, saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib. Terima kasih.”

Sejak semalam, tular kandungan sebuah portal berita yang mendakwa Raghad telah melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar, dengan mencabut segala gajet rawatan yang dipasang ke badannya.

Malah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial.

‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Turut tular, salinan laporan polis oleh pihak hospital berkenaan selain foto Abdul Taib yang sedang dirawat.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular