HomeIsu tempatanMaritim Malaysia berjaya patahkan cubaan seludup masuk barang runcit dari negara jiran

Maritim Malaysia berjaya patahkan cubaan seludup masuk barang runcit dari negara jiran

Read Time:1 Minute, 35 Second

Tawau :Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan bersama muatan pelbagai barangan yang disyaki diseludup dari negara jiran di kedudukan sekitar 0.1 batu nautika timur Kuala Sungai Tawau sekitar jam 2.45 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari sempadan perairan negara menuju ke arah muara Sungai Tawau.

Berikutan itu katanya, bot berkenaan telah ditahan untuk pemeriksaan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Ops Pluto Timur 2/13 dan Ops Tiris di sekitar perairan Tawau.

“Pemeriksaan mendapati bot kargo tersebut dikendalikan seorang juragan warga tempatan berusia 35 tahun.

“Penggeledahan ke atas bot kargo tersebut telah menemukan pelbagai barangan yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Antaranya lapan kotak gula merah, empat guni buah keras, empat guni lada putih, dua guni kacang gajus, 720 peket perasa makanan, 312 pek keju, 12 guni beras pulut, dan empat guni biji gandum,” katanya dalan kenyataan di sini semalam.

Shahrizan berkata, semua jenis barangan serta jenama itu dipercayai berasal dari negara Indonesia dan tekong juga telah gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawa.

Katanya, suspek ditahan bersama bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM58 ribu. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

“Penguatkuasaaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang  aktiviti  yang melanggar undang-undang khususnya di perairan Tawau,” katanya.

Tambahnya lagi, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan. 

“Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya. SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular