HomeEkonomiSYBIL akan tubuh pasukan petugas, tangani isu industri & pembangunan ekonomi Sabah

SYBIL akan tubuh pasukan petugas, tangani isu industri & pembangunan ekonomi Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Rangkaian Pemimpin Muda Perniagaan dan Industri Sabah (SYBIL) akan menubuhkan pasukan petugas yang memberi tumpuan kepada menangani isu keselamatan makanan, projek pelancongan, pembangunan keusahawanan dan dasar pembangunan data yang lebih menjurus kepada pematuhan keperluan pentadbiran, kata presidennya, Ar. James Wong.

Beliau berkata, pada masa ini, SYBIL menyasarkan tempoh enam bulan untuk membangunkan aktiviti bernilai tinggi, cadangan pembangunan dasar, program pembelajaran yang berkesan, penglibatan kerajaan dan cadangan industri.

“Kumpulan ini menumpukan perhatian pada isu industri dan peluang pembangunan dalam ekonomi domestik tempatan Sabah dari pandangan komuniti pemilik perniagaan tempatan Sabah, serta juga menubuhkan pentadbiran organisasi.

“Kumpulan ini juga akan menubuhkan pasukan pasukan petugas yang memberi tumpuan kepada menangani isu keselamatan makanan, projek pelancongan, pembangunan keusahawanan dan dasar pembangunan data yang lebih menjurus kepada pematuhan keperluan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahlj Jawatankuasa SYBIL di sini, hari ini.

Lebih 28 ahli jawatankuasa pengasas hadiri pada mesyuarat itu termasuk Datuk Jade Koh dari Jetsin, Kenji Yeo dari Amazing Borneo, peguam Datuk Roger Chin, Keith Koh dari Rickoh Group, Gordon Pan dari The Big G Events, Jawad Khan yang merupakan pengarah kebangsaan Miss International Malaysia, dan ramai lagi profesional terkenal dan pemilik perniagaan yang berkongsi matlamat tunggal untuk menambah baik Sabah melalui inisiatif sektor swasta.

James berkata, beberapa matlamat kumpulan itu juga adalah untuk meluaskan pengaruh dan rangkaian komuniti perniagaan Sabah ke skala yang lebih besar, memanfaatkan saiz rantau Borneo yang lebih besar melalui BIMP-EAGA, dan ASEAN/APEC.

“Kami mahu berorientasikan tugas, supaya kami boleh memberi tumpuan kepada kurang bercakap, melakukan lebih banyak tindakan (talking less, doing more).

“Kami akan menetapkan program-program penting untuk memantau kemajuan kumpulan kami, dan yang paling penting adalah menumpukan tugas dan memfokuskan aktiviti.

“SYBIL kini dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Large Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular