HomeUtamaLelaki warga Indonesia hilang, dikhuatiri dibaham buaya

Lelaki warga Indonesia hilang, dikhuatiri dibaham buaya

Read Time:59 Second

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing di Sungai Koyah, Ladang Limbale, Paris 2, dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Roberto Martinus, 48, sehingga kini masih belum ditemui.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalluddin, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari mengenai kejadian itu pada jam 6.39 pagi tadi (7 Feb).

“Komander Operasi melaporkan menerima panggilan dari pihak polis memaklumkan terdapat seorang mangsa dikhuatiri dibaham buaya.

“Pasukan Bomba dari Balai Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat.

“Menurut sumber orang di sini mangsa melakukan aktiviti memancing dan di percayai telah disambar buaya di tepi sungai. Mangsa biasa memancing bersendirian sebelum masuk kerja,” kata Nurul Azlan ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, kawasan lokasi mangsa dibaham terdapat kasut dan peralatan memancing serta beberapa ekor ikan hasil dipancing mangsa tersebut.

“Terdapat kesan tapak kaki buaya pada tanah dilokasi mangsa dibaham,” katanya.

Beliau berkata, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilancarkan dan jarak pencarian dianggarkan sehingga 8 kilometer dari lokasi kejadian.

“Sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi SAR ditangguh pada jam 4.35 petang. Operasi mencari mangsa akan disambung semula pada esok hari,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kaamatan wadah promosi perpaduan sosial, jambatan persefahaman – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular