HomeUtama435,528 tunggakan kompaun DBKK belum dijelaskan pengguna – Dr Sabin

435,528 tunggakan kompaun DBKK belum dijelaskan pengguna – Dr Sabin

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merekodkan sejumlah 435,528 tunggakan kompaun masih belum dijelaskan pengguna melibatkan pelbagai kesalahan membabitkan daripada 26 undang-undang kecil bermula 2003 sehingga 31 disember tahun lalu.
 
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Seri Dr Sabin Samitah berkata, bagaimanapun DBKK hanya berjaya mengutip sejumlah 670,687 kompaun atau 61 peratus sahaja diselesaikan dengan membabitkan 1,106,215 jumlah secara keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh DBKK.
 
Katanya, jumlah ini tidak termasuk kompaun bagi kesalahan kupon yang dikeluarkan oleh pihak DBKK Holding Sdn Bhd sekali gus kemungkinan besar jumlah ini akan jauh lebih tinggi berbanding jumlah tunggakan tersebut.
 
“Setakat ini DBKK sudah mengeluarkan notis peringatan, membuka kertas siasatan, pendakwaan di mahkamah, mendapat perintah waran tangkap serta publisiti di laman media, namun masih terdapat segelintir pesalah yang masih enggan, ingkar serta gagal menjelaskan kompaun yang ditawarkan selagi tidak didakwa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sehubungan ini, DBKK memperkenalkan kempen ‘JOM SETEL KOMPAUN’ bagi kesalahan Undang-Undang Kecil (Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014, dan Undang-Undang Kecil (Jalan-Jalan dan Tempat Awam) Bandaraya Kota Kinabalu 1966, Pindaan 2008.
 
Dr Sabin berkata, DBKK akan memberikan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus hingga 80 peratus semasa kempen ini berjalan. Tidak seperti sebelum ini, pengurangan ini juga diberikan kepada kes-kes yang berada di peringkat saman mahkamah tetapi belum sampai ke peringkat perbicaraan.
 
“Tidak akan terpakai bagi kesalahan undang-undang kecil yang lain memandangkan dua undang-undang kecil ini adalah kesalahan paling banyak kompaun dikeluarkan dan kesalahan yang dilakukan adalah kurang serius berbanding undang-undang kecil yang lain.
 
“Pengurangan ini hanya akan diberikan untuk pembayaran secara dalam talian ‘Online’ sahaja,” jelasnya.
 
Tambah beliau, tempoh kempen Jom Setel Kompaun ini bemula pada 02 Februari sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai melaksanakan tanggungjawab mereka menyelesaikan kompaun yahng tertunggak.

“Selepas tempoh ini, tiada lagi pelanjutan pengurangan kompaun ataupun pelaksanaan tempoh pengampunan.

“DBKK akan mengambil tindakan perundangan sewajarnya seperti kes-kes lain yang pernah dilaksanakan oleh DBKK,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular