HomeIsu tempatanHati-hati ketika membakar bunga api dimusim perayaan - Ewon

Hati-hati ketika membakar bunga api dimusim perayaan – Ewon

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat khususnya di negeri ini diingatkan agar sentiasa berhati-hati terutama ketika menjalankan aktiviti membakar bunga api pada musim perayaan.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, meskipun ia merupakan sebahagian daripada warisan budaya namun keselamatan semua pihak perlu diambil perhatian.

“Saya maklum acara membakar bunga api merupakan sebahagian daripada warisan dan sambutan tahun baru cina serta sambutan lain.

“Tetapi dalam kita ingin meneruskan warisan budaya ini, kita perlu mengambil pendekatan berhati-hati supaya ianya masih menjamin keselamatan kita semua agar ianya dapat dirayakan secara bersama secara harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan program menyalakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina di Kedai Kapayan Rumah Murah, di sini, malam tadi.

Sementara itu, mengulas harapannya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, amalan hormat-menghormati menjadi asas keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum.

“Saya berharap keharmonian dan perpaduan kaum akan terus terpelihara melalui penghormatan kepada semua tradisi setiap kaum yang ada di negara kita.

“Selagi saya menjadi wakil rakyat di Penampang, saya ingin melihat semua sambutan perayaan kaum dan agama dapat diraikan semua rakyat Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PEJABAT MENTERI KUSKOP

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular