HomeEkonomiSabah bakal ada tambahan 800 bilik hotel, penuhi keperluan negeri

Sabah bakal ada tambahan 800 bilik hotel, penuhi keperluan negeri

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu akan mempunyai tambahan 800 bilik hotel untuk memenuhi keperluan negeri dalam sektor pelancongan yang semakin pulih apabila The Peninsula Kota Kinabalu dijangka siap dibina pada 2028.

Melancarkan projek itu di daerah pusat perniagaan (CBD) di sini hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pembangunan bercampur bersepadu pada tapak seluas 14.89 ekar juga menunjukkan keyakinan pemaju Trillium Development Sdn Bhd
dalam pasaran hartanah Sabah yang teguh.

Hajiji yakin perkembangan terkini dan pembangunan bercampur lain di sepanjang tepi pantai akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam pembangunan hartanah di Sabah.

Pembangunan itu akan menyaksikan pembinaan blok pangsapuri perkhidmatan, menara kediaman premium, blok pejabat, pusat beli-belah, tempat letak kereta bertingkat, suite komersial, hotel 4 bintang Grandis @The Peninsula dan hotel 5 bintang.

Hajiji berkata pembangunan The Peninsula KK memberi petanda baik bagi trend industri pelancongan negeri yang semakin meningkat dan mencatatkan 2.6 juta ketibaan pelancong tahun lepas berbanding 1.7 juta pada 2022.

Dengan pembangunan berterusan hotel baharu lain dalam pelbagai peringkat penyiapan, Sabah
akan melihat lebih daripada 3,000 bilik yang tersedia.

Ini termasuk Club Med di Kuala Penyu, Alila Resort di Tuaran, Intercontinental Hotels and Resorts, Papar, Avani Hotel, Crowne Plaza, Fairfield by Marriot dan Hotel Sheraton yang semuanya terletak di Kota Kinabalu.

Pada masa ini, Sabah mempunyai sejumlah 26,822 bilik hotel yang tersedia.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular