HomeUtamaCalon SPM teruskan momentum dan 'mood' hadapi peperiksaan SPM - Raisin

Calon SPM teruskan momentum dan ‘mood’ hadapi peperiksaan SPM – Raisin

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Semua calon SPM diingatkan supaya meneruskan momentum dan ‘mood’ menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan disambung semula pada 19 Februari 2024 selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.

Demikian kata-kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin menerusi perutusannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan seluruh masyarakat Tionghua bermula esok.

“Kepada warga guru, murid dan ibu bapa daripada kaum Tionghua khususnya yang menyambut perayaan ini secara langsung saya ingin merakamkan ucapkan selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2024.

“Sudah tentu kunjung-mengunjung sesama rakan tanpa mengira latar belakang keturunan dan agama yang telah menjadi amalan rakyat Malaysia akan memeriahkan sambutan perayaan ini.

“Demikianlah juga anak-anak calon SPM yang turut tidak akan ketinggalan merayakan Tahun Baru Cina mahu pun mengunjungi saudara-mara atau sahabat handai.

“Oleh kerana peperiksaan SPM 2023 hanya akan disambung semula pada 19 Februari 2024, maka suka saya mengingatkan anak-anak calon SPM yang disayangi supaya meneruskan momentum dan ‘mood’ menghadapi peperiksaan SPM yang sangat penting demi masa depan anak-anak sekalian.

“Di samping bergembira di musim perayaan ini, jangan lupa untuk mengulang kaji topik-topik penting bagi mata pelajaran yang masih belum dilaksanakan peperiksaan SPM,” kata Raisin.

Beliau turut menyeru sekalian guru supaya terus memberikan bimbingan dan bantuan kepada anak-anak murid.

“Saya yakin anak-anak murid sentiasa memerlukan ‘sentuhan ajaib guru pada saat yang kritikal ini. Izinkan saya mencurahkan rasa kasih sayang terhadap anak-anak sekalian melalui perkataan dan ayat berikut, “sekolah dan guru jangan sekali-kali melepaskan anak-anak calon SPM tanpa bimbingan selagi SPM mereka belum berakhir. Sentiasa pegang tangan mereka”.

“Saya juga menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih utama lagi ialah ibu bapa perlu memberi ruang dan peluang yang sebaik mungkin untuk anak-anak membuat ulang kaji semasa berada di rumah mahupun anak-anak yang berada di sepanjang peperiksaan ini berlangsung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular