Dua pasukan mewakili TABS juarai kejohanan bola sepak akar umbi CNY

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

Penampang : Dua pasukan mewakili Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya masing-masing berjaya menjuarai kejohanan bola sepak akar umbi CNY Sunquik dan Fatos Sport bawah 10 dan lapan tahun.

Kejohanan yang berlangsung di padang B Kompleks Sukan Penampang di sini itu satu kejayaan permulaan baharu musim 2024 bagi TABS Mix 9 dan TABS Mix 8.

Pasukan TABS Mix 9 mencapai tiga kemenangan 2-0, 5-1 dan 1-0 dan seri 0-0 sekali untuk muncul sebagai kategori B10 mengetepikan pencabar terdekat, TFA B yang menduduki naib juara. Manakala tempat ketiga dimenangi TFA D.

Manakala dalam kategori B8, TABS Mix 8 diisytiharkan sebagai juara apabila memenangi kedua-dua perlawanan yang diharunginya.

Ketua jurulatih TABS SAFA Bandaraya, Ismail Tudiki mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan itu di atas kejayaan mereka.

Kedua-dua pasukan itu dibawah kendalian Suriadi Sarman dan Muammad Asrof dengan dibantu Nur Jannah Syuhadah Gabas Abdullah dan Azanuddin Kamarudin. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *