HomeUtamaTYT, KM sertai ribuan tetamu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah

TYT, KM sertai ribuan tetamu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Tun Juhar bersama isteri Toh Puan diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (kiri) dan isteri Datin Seri Juliah Salag semasa tiba di rumah terbuka Tahun Baharu Cina di SICC hari ini.Foto ihsan JKM Sabah

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Datin Seri Juliah Salag.

Mereka disambut oleh pengerusi penganjur utama Datuk Christina Liew yang merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta menteri Kabinet lain.

Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan persembahan tarian singa dan replika Naga sepanjang 350 kaki di plaza SICC.

Manakala di dewan utama, para tetamu yang hadir dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan moden dari artis tempatan.

Acara tradisi masyarakat Cina pada Tahun Baharu menggaul ‘Yee Sang’ turut diadakan pada majlis itu.

Acara menggaul ‘Yee sang’.

Yee Sang menurut kepercayaan masyarakat Cina adalah sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.

Dalam majlis itu, lebih 10 hotel terkemuka yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu menyertai dan menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional Cina dan Melayu kepada para tetamu. Kanak-kanak yang hadir juga turut diberikan ‘Angpau’.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular