HomeIsu tempatanProses pemilihan calon presiden baharu Indonesia di Sabah berjalan lancar

Proses pemilihan calon presiden baharu Indonesia di Sabah berjalan lancar

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Proses Pemilihan Umum Presiden Republik Indonesia yang dijalankan di Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu di sini hari ini berjalan lancar.

Ketua Panatia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Marwan Wardhana berkata, ia melibatkan pengundi  seramai lebih 98,000 warga Indonesia yang direkodkan bekerja di negeri ini.

Katanya, kawasan dibawah kendalian KJRI Kota Kinabalu adalah meliputi Sook, Nabawan, Keningau, Sipitang, Wilayah Persekutuan Labuan, Beaufort, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Marudu, Pitas sehingga Kinabatangan.

“Pengundi yang akan mengundi di KJRI pada hari ini adalah sekitar 2,811 orang tapi lokasi pengundian kita bahagi kepada dua iaitu di KJRI sini dan satu lagi di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu di Sepanggar.

“Di KJRI kita menempatkan lapan saluran bagi tempat pemungutan suara dan tiga lagi saluran di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu di Sepanggar.  Ertinya, seramai 1,973 orang mengundi di KJRI dan 838 lagi di Sekolah Indonesia.

“Namun jumlah keseluruhan yang akan mengundi di Sabah khususnya dibawah kendalian kami adalah seramai 98,669 pengundi dan sebahagian kami sudah  laksanakan menerusi kaedah suara keliling atau undi awal yang sudah berjalan sejak 4 hingga 10 Februari lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Marwan berkata, pihaknya berharap agar proses pemilihan itu akan berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Secara keseluruhan, lebih 200 juta rakyat Indonesia di seluruh wilayah negara itu layak untuk mengundi pada pilihan raya berkenaan.

Pemilihan Presiden Indonesia bagi tempoh 2024 – 2029 menyaksikan tiga gandingan calon Presiden dan calon Naib Presiden bersaing untuk memenangi pilihan raya itu bagi menggantikan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan Naib Presiden, Ma’ruf Amin yang akan tamat tempoh penggal pada 20 Oktober depan.

Gandingan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan anak Jokowi, Gibran Rakabuming Raka masing-masing sebagai calon Presiden dan calon Naib Presiden adalah antara nama pemimpin yang menghangatkan kempen pemilihan umum presiden negara jiran itu.- SABAH MEDIA / FOTO MAHA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular