HomeIsu tempatanCubaan seludup minyak petrol ke negara jiran gagal

Cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran gagal

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kudat :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran di kedudukan lebih kurang 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Layag- layag, Pitas di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak berdasarkan maklumat awam, aset ronda Zon Maritim Kudat yang pada ketika itu sedang melaksanakan rondaan Op Pluto Timur / Op Tiris segera diatur gerak ke lokasi terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa cuba merapat, tiba-tiba bot berkenaan memecut laju menuju kawasan cetek berhampiran dan pengendali bot terbabit dipercayai terjun daripada bot dan telah melarikan di kawasan hutan paya bakau berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 17 tong biru berisi minyak petrol diatas pam bot berkenaan yang dianggarkan lebih kurang 3,400 liter disyaki cuba diseludup ke negara jiran, Filipina.

Katanya, bot serta barang rampasan dianggarkan bernilai lebih RM20,000 itu dibawa ke jeti Marina, Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya.

“Kes ini disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Sementara itu, Mauricer berkata, dalam kejadian berlainan, Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat turut berjaya menahan sebuah kapal kargo jenis Landing Craft di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika barat daya Lok Bon, Pitas pada hari yang sama.

Katanya, tangkapan berkenaan dibuat hasil pengesanan daripada SWASLA Sabah berpandukan aduan daripada Jabatan Laut Lahad Datu menyatakan  kapal berkenaan telah meninggalkan lokasi tempat bersauh tanpa kebenaran.

“Semasa diperiksa mendapati, empat individu warga tempatan yang mengendalikan kapal berkenaan berumur lingkungan 20 hingga 52 tahun.

“Kapal terbabit turut ditahan atas kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 65, Ops 1952 (Port Clearance) kerana telah keluar belayar dari Lahad Datu tanpa memohon izin untuk belayar, Seksyen 300 (1) Sending Unseaworth Ship to Sea An Offence, Ops 1952 kerana didapati tidak memperbaharui sijil statutori kapal, peralatan keselamatan kapal dan peralatan melawan kebakaran tidak berada dalam keadaan baik serta tamat tempoh dan Seksyen 22 (2A), Certificate Of Registry kerana disyaki tidak memaklumkan penukaran nakhoda kepada pendaftar kapal,” katanya.

Beliau berkata, Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar terus memberi kerjasama dan melaporkan jika terdapat sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular