HomeIsu tempatanPendaki warga China cedera, selamat diturunkan oleh MoSAR

Pendaki warga China cedera, selamat diturunkan oleh MoSAR

Read Time:41 Second

KUNDASANG: Seorang pendaki lelaki warga China mengalami kecederaan di kepala kerana terjatuh semasa mendaki Gunung Kinabalu di lokasi kejadian Kilometer 7.5 Sayat-Sayat awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.35 pagi tadi (12 Feb) mengenai kejadian itu.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR) menerima laporan daripada Malim Gunung terdapat seorang pendaki terjatuh dan terhempas bahagian belakang kepala menyebabkan berlaku pendarahan di kepala dan telinga mangsa.

“PBB MoSAR bersama Malim Gunung dan Park SAR membawa turun mangsa menggunakan kaedah Piggyback Carry,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki warga China berumur 43 tahun itu seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulans dan dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.35 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular