HomeSukanTABS terus laksana program pembangunan bola sepak

TABS terus laksana program pembangunan bola sepak

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Program pembangunan bola sepak yang dikendalikan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya akan terus berjalan seperti dirancang.

Pengerusi TABS SAFA Bandaraya Sulaiman Mohd Noor berkata, ia susulan daripada sedikit penyusunan semula di bahagian kejurulatihan sesuai dengan tuntutan semasa.

Katanya, pengemaskinian di bahagian kejurulatihan penting agar program pembangunan yang dikendalikan sentiasa relevan dan dipertingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa.

“Pembaharuan yang dilakukan bagi membolehkan TABS terus bergerak ke hadapan di samping berusaha memperbaiki kualiti program yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan pelatih-pelatih TABS di sini baru-baru ini.

Sulaiman berkata,  usaha tersebut juga atas nasihat dan persetujuan Penasihat TABS, Datuk Alijus Sipil yang juga Naib Presiden I SAFA.

“TABS mengucapkan terima kasih kepada beliau (Alijus), kerana beliau sendiri mahu melihat program pembangunan yang kami jalankan terus diperkasakan.

“Sebagai seorang individu yang sangat berpengalaman dalam bola sepak, setiap input yang dikongsikan Alijus kepada TABS sangat membantu kami meningkatkan lagi kualiti program,” katanya.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak memberi gambaran yang menggelirukan kepada orang ramai mengenai peranan yang dimainkan TABS SAFA Bandaraya.

“Kami mengendalikan program pembangunan bola sepak sejak sekian lama dan hasilnya dapat dinilai badan bola sepak negeri, kelab profesional dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Biarkan TABS meneruskan tanggungjawab secara sukarela ini demi sukan bola sepak dan mereka yang berasa ‘iri hati’ kamu buatlah apa yang kamu rasa baik untuk sukan ini. Kami buat di sini dengan cara sendiri dan jangan ganggu pelatih kami,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular