HomeUtamaPelancong warga Korea ditemui mati di sebuah resort Pulau Gaya

Pelancong warga Korea ditemui mati di sebuah resort Pulau Gaya

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Korea ditemui mati tergantung di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di pancuran air bilik mandi pada jam 7.00 pagi tadi (13 Feb).

“Mangsa kemudian diturunkan dan terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah dapat dikaitkan dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut.

“Sebarang maklumat, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Zackie Nizamri Jakariah, Penolong Ketua Polis Balai Pulau Gaya di talian 013-3453278,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular