HomeUtamaLaporan bedah siasat bangkai orang utan sudah diterima - Christina

Laporan bedah siasat bangkai orang utan sudah diterima – Christina

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bedah siasat ke atas seekor orang utan jantan dewasa spesies Pongo pygmaeus yang ditemui mati di Sungai Kinabatangan pada Isnin telah dijalankan namun tidak dapat memastikan punca sebenar kematian haiwan itu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Christina memaklumkan perkara itu setelah menerima laporan bedah siasat daripada Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) Augustine Tuuga.

“Saya berasa sangat sedih dengan kematian orang utan yang dipercayai berusia 10 tahun itu. Saya telah mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk mempergiatkan usaha melindungi khazanah hidupan liar negeri. Orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

“Berdasarkan bedah siasat, ia bukan ditembak kerana tiada kecederaan luaran diperhatikan, dan tiada sebarang tanda patah tulang serta tiada kesan tembakan.

“Orang utan itu mungkin terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas kerana tidak boleh berenang. Lebam di bahagian leher mungkin berpunca daripada trauma jatuh,” kata Christina dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata sampel organ yang dikumpul daripada haiwan itu, termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, hempedu dan hati, akan dihantar untuk kajian makmal.

Terdahulu, sejurus bangkai orang utan bawa ke darat, bedah siasat telah dijalankan oleh doktor haiwan di Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) kerana lokasi pusat itu terletak paling hampir dengan tempat bangkai ditemui terapung di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

Christina memuji DGFC atas tindakan pantasnya dalam menjalankan bedah siasat.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular