HomeUtamaBeras Madani ini apa, bila beras SST dihapuskan?

Beras Madani ini apa, bila beras SST dihapuskan?

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kerajaan diminta tidak putar-belit di sebalik pemansuhan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang akan digantikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal bermula 19 Februari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pengumuman dibuat Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal semalam lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menyelesaikan masalah.

“Apa makna Datuk Syed bahawa beras SSI dimansuhkan? Saya dari pihak industri minta penjelasan. Kenyataan beliau itu bermakna beras SSI tiada lagi, kita tidak dibenar import lagi dan kita jual beras putih Malaysia Madani ke?

“Kalau itu cadangan beliau maksudnya ia tidak munasabah sebab kita tidak cukup bekalan di negara ini,” katanya lapor MalaysiaGazette hari ini.

Menurut laporan itu lagi penjelasan mengenai penghapusan beras SST yang diumumkan juga dilihat separuh masak dan ia seolah-olah satu cadangan yang tidak masuk akal.

“Bila kita hapuskan beras SST yang berharga RM26 itu, ia bermakna harga beras terbabit akan jadi RM30, lebih tinggi. Jadi maksudnya ia bukan dihapuskan tapi harganya dinaikkan ke RM30, senang kita faham. Kalau tidak apa maknanya harga beras SST itu dihapuskan sebab beras itu ada lagi. Berilah penjelasan yang tepat jangan spin atau pusing-pusing.

“Tolong beri kenyataan baharu segera, kalau harga itu jadi RM30 maka kita akan rugi kerana kos kita pun sudah mencecah RM38, bila dimansuhkan memang kita boleh ‘mati’,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ameer turut menyoal adakah tindakan Syed Abu Hussin mengenai pengumumannya semalam telah melalui perbincangan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kerana ia dilihat mampu menjejaskan industri.

Malah, beliau juga mempertikai kuasa Syed Abu Husin yang boleh membuat pengumuman mengenai perkara itu kerana mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, ia hanya dibuat oleh menteri bertanggungjawab.

Semalam, Syed Abu Hussin yang mengetuai Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, penetapan harga itu melibatkan beras 10 kilogram berharga RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram RM3.50.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular