HomeUtamaKenderaan memecut, terbabas, elak ditahan JPJ, punca kemalangan maut di Sipitang

Kenderaan memecut, terbabas, elak ditahan JPJ, punca kemalangan maut di Sipitang

Read Time:1 Minute, 30 Second

SIPITANG: Kejadian kemalangan maut yang meragut dua nyawa termasuk pemandu lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja perempuan di Jalan Sabah Forest Industries (SFI) semalam dipercayai berpunca pemandu kenderaan memecut laju lalu terbabas kerana cuba mengelak dari ditahan oleh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Mail Sundongi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota JPJ Sipitang pada jam 5.08 petang Rabu (14 Feb) memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di lokasi kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki oleh lima mangsa.

“Dalam kemalangan tersebut pemandu dan penumpang belakang meninggal dunia, manakala dua mangsa cedera parah dan seorang cedera ringan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mail, hasil siasatan awal, kenderaan mangsa daripada Speedmart 99 Merintaman hendak balik ke Kampung Sibubu jalan SFI, pada ketika itu semasa kenderaan mangsa dalam perjalanan balik sebuah kenderaan milik JPJ Sipitang yang sedang menjalankan tugas rondaan, mengekori kenderaan mangsa daripada belakang dan memasang lampu beacon light.

“Apabila pemandu kenderaan Proton saga melihat kenderaan JPJ di belakangnya, pemandu kenderaan memecut laju, sebaik sahaja sampai di jalan selekoh menuruni bukit kenderaan tersebut hilang kawalan hingga menyebabkan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar sebatang pokok yang tumbang.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Sipitang manakala mangsa yang cedera telah dibawa oleh kenderaan Ambulans ke Hospital Sipitang,” katanya.

Mail berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Khairul Abdullah, 19, (pemandu warga tempatan) dan Norsiah Faizal, 14 (tiada dokumen).

“Manakala tiga mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, dua remaja perempuan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. Ketiga-tiga mangsa juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular