HomeSukanTABS anjur karnival bola sepak B10, B8 25 Februari ini

TABS anjur karnival bola sepak B10, B8 25 Februari ini

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya akan menganjurkan Karnival bola sepak dalaman bawah 10 dan lapan tahun di padang TABS Sukma pada 25 Februari ini.

Karnival sehari itu diadakan sempena cuti persekolahan dan sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Naib Pengerusi I TABS SAFA Bandaraya, S.A Ramlye berkata, pihaknya sedang dalam proses persiapan terakhir untuk menjayakan karnival tahunan tersebut.

Katanya, ia juga sebagai salah satu aktiviti bagi pelatih-pelatih dalam usia tersebut sempena cuti persekolahan.

“Kita menjangka ramai pelatih-pelatih di peringkat umur tersebut akan terlibat dalam karnival tersebut sebagaimana yang pernah anjurkan sebelum ini,” katanya.

Ramlye berkata, pelatih-pelatih yang baharu mendaftar mengikuti program pembangunan bola sepak TABS sekiranya mereka sudah boleh bermain dijangka akan dilibatkan sama dalam karnival tersebut menerusi pengawasan jurulatih yang berkenaan.

“Bagaimanapun, mereka mestilah mendaftarkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh karnival tersebut bagi membolehkan nama-nama mereka disenaraikan dalam pasukan yang akan ditentukan oleh pihak penganjur,” katanya 

Mereka yang ingin mendaftarkan diri sebagai pelatih baharu boleh berbuat demikian di kaunter pendaftaran berhampiran kawasan padang atau berhubung dengan Suzana Bibiyantie di talian 016 3133119 dan Nur Atiqah 016 8344480.

Mengenai dengan kejayaan pasukan B10 dan B8 TABS menjuarai kategori umur masing-masing di Kejohanan bola sepak akar umbi CNY Sunquick dan Fatos Sport di Penampang baru-baru ini, Ramlye berkata, ia satu permulaan yang baik bagi pasukan di tahun baharu 2024.

Satu lagi pasukan B15 TABS turut memenangi tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

“Kami akan meneruskan momentum kemenangan ini dalam mana-mana kejohanan yang bakal disertai selepas ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang terlibat mengendalikan pasukan di atas komitmen mereka dan kejayaan yang dicapai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular