HomeUtamaTindakan segera pastikan penduduk terus dapat perkhidmatan kesihatan - James

Tindakan segera pastikan penduduk terus dapat perkhidmatan kesihatan – James

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Tindakan pantas akan diambil bagi menangani masalah yang timbul ekoran insiden kebakaran yang memusnahkan Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran tengah malam tadi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, ia termasuklah memindahkan sementara perkhidmatan kesihatan ke lokasi yang telah dikenal pasti.

“Setakat ini, kita masih menunggu hasil siasatan dari pihak bomba untuk mengenalpasti punca kebakaran tersebut berlaku. Maklumat yang diperolehi menunjukkan Klinik Kesihatan Tangkarason adalah Klinik Kesihatan jenis enam.

“Ekoran kejadian, seramai 2,738 orang penduduk di kawasan itu yang terjejas perkhidmatan kesihatan mereka, justeru hal ini perlu ditangani dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata, Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason dicadangkan untuk digunakan sebagai klinik gantian sementara.

Katanya,selain Klinik Kesihatan Tangkarason, terdapat dua buah klinik lain yang terletak di kawasan berkenaan, iaitu Klinik Kesihatan Paitan yang terletak 29 kilometer dari Kampung Tangkarason dan Klinik Kesihatan Sungai Sungai (50 kilometer).

Beliau menambah bahawa tindakan untuk membina klinik baru akan memakan masa dalam anggaran enam bulan bagi membina bangunan klinik sahaja.

“Jika diambil kira pembinaan kuaters kakitangan klinik ia mungkin mengambil masa dalam sembilan bulan. 

“Bagi jenis Klinik Kesihatan Tahap enam, peruntukan akan disalurkan berdasarkan perbincangan dan keputusan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berkenaan hal peruntukan khas untuk membina klinik dalam kes berlaku bencana seumpama ini, ia juga bergantung kepada keputusan perbincangan JKNS dan KKM,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular