HomeIsu tempatanUmat Islam disaran terus hayati, dalami ilmu Al-Quran

Umat Islam disaran terus hayati, dalami ilmu Al-Quran

Read Time:1 Minute, 13 Second

Tamparuli: Umat Islam disaran untuk terus menghayati dan mendalami ilmu Al-Quran sebagai panduan hidup selain bersatu padu dalam suasana aman serta berkasih sayang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran adalah landasan tepat ke arah menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

“Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran adalah platform terbaik untuk umat Islam mempelajari dan mendalami lagi ajaran Al-Quran sekaligus memperkasa usaha dakwah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kecil Tamparuli 1445H/2024M, di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli, di sini semalam.

Hadir sama Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli, merangkap Pengerusi Pelaksana program, Ustaz Suffian Kundu dan Pengerusi Masjid Ubudiyyah, Salim Osman.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, amalan mengadakan majlis tilawah, selain menegakkan syiar Islam, juga sebagai platform kepada umat Islam untuk mendekati, menghayati serta mengamalkan petunjuk dan panduan yang terkandung dalam Al-Quran.

“Tetapi tatkala ajaran Islam mula dipinggirkan, maka kita dapati empayar-empayar yang menjadi kebanggaan ini mulai jatu satu demi satu,” katanya.

Justeru, sempena Majlis Tilawah Al-Quran tersebut, beliau mengajak semua yang hadir untuk sama-sama memperbaharui tekad dan iltizam untuk menguat dan meneguhkan iman serta penghayatan Islam.

Terdahulu, Suffian berkata, beliau akan menyahut cabaran dan cadangan Jahid untuk mengadakan kelas pembacaan Al-Quran bertaranum di Tamparuli, sebagai persediaan Tilawah Al-Quran pada masa akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular