HomeUtamaSektor pertanian mampu tampil berdaya tahan melalui kolaborasi pelbagai pihak

Sektor pertanian mampu tampil berdaya tahan melalui kolaborasi pelbagai pihak

Read Time:1 Minute, 38 Second

Keningau : Landskap sektor pertanian di negara ini diharap dapat tampil dengan lebih berdaya tahan melalui inovasi dan kolaborasi pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia adalah bagi memberi manfaat kepada setiap usahawan tani yang menjadi antara pemain utama di dalam keseluruhan rantaian nilai pertanian.

“Dalam masa yang sama, sudah tentu dapat menyumbang kepada kemakmuran keterjaminan makanan di negara kita.

“Dengan adanya agensi seperti Agrobank iaitu agensi yang berperanan sebagai fasilitasi pembiayaan utama dalam memacu perubahan positif dan memupuk kemakmuran dalam landskap pertanian ianya akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Tahun Baharu Cina Agrobank 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Ming di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Agrobank Ahmad Zawawi.

Pada majlis itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut melancarkan Kempen Tahun Baru Cina 2024 Kempen Heng Loong Huat yang bertujuan menggalakkan pelanggan setia membuat pembayaran bebas tunai melalui penggunaan Agro Debit-i dan memupuk amalan menyimpan dan berhemah melalui AgroPrimaS.

Bagi merancakkan lagi kempen itu, pemenang bertuah kempen Heng Loong Huat- Menang Ang Pao RM888 juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta mewah Tesla menerusi Kempen Mega Million yang telah dilancarkan pada suku akhir tahun lepas.

Arthur berkata, pihaknya yakin dengan pelancaran kempen itu sedikit sebanyak menaikkan semangat teruja para usahawan tani untuk mempertingkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dan juga menambah deposit simpanan.

“Bagi para usahawan pula khususnya sektor pertanian, rebutlah peluang ini untuk mengembangkan perniagaan anda agar terus kekal bersaing dan sejajar dengan pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan negara,” katanya.

Sementara itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kempen itu adalah salah satu manifestasi Agrobank bagi memberi kesedaran kemakmuran dalam kewangan.

“Untuk itu, kami berbesar hati untuk menyediakan ganjaran Ang Pao kepada pelanggan setia kami kami bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai dan keselamatan kewangan menerusi akaun simpanan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular