HomeUtamaTiada arahan kutip derma untuk Klinik Tangkarason - JKNS

Tiada arahan kutip derma untuk Klinik Tangkarason – JKNS

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Tiada sebarang kempen derma yang disalurkan kepada Klinik Kesihatan Tangkarason Beluran yang musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis lalu.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang arahan atau mengadakan kempen derma berkenaan.

“JKNS mengambil maklum isu tular di media sosial iaitu kempen derma kepada Klinik Kesihatan Tangkarason yang terbakar sepenuhnya termasuk sebuah unit kuarters pada awal pagi, 15 Februari 2024.

“Oleh itu, jabatan ini ingin menegaskan bahawa kempen derma ini adalah bukan di bawah arahan ataupun kelolaan JKNS,” katanya.

Dr Asits berkata, JKNS sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diakses orang awam setiap masa.

Katanya, perkhidmatan operasi klinik itu kini dipindahkan sementara waktu di Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason dan akan mula beroperasi esok.

“JKNS bersama Kementerian Kesihatan akan memastikan kebajikan anggota kesihatan yang terbabit sentiasa dijaga.

“Selain itu sumbangan juga sudah disampaikan kepada dua orang kakitangan yang kuarters mereka terbabit dalam kebakaran untuk meringankan bebanan yang mereka hadapi.

“Mereka kini ditempatkan di inap desa berdekatan dan turut diberikan sokongan Psychological First Aid (PFA),” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKNS

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular