HomeIsu tempatanMUIS sumbang peralatan sekolah kepada 250 anak asnaf

MUIS sumbang peralatan sekolah kepada 250 anak asnaf

Read Time:50 Second

Sandakan : Seramai 250 anak-anak asnaf sekitar daerah ini menerima bantuan berupa peralatan sekolah menerusi Program Kembali ke Sekolah.

Program yang dilaksanakan Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu telah disempurnakan Timbalan Yang Di-Pertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Malai Ali berkata, menerusi program itu ianya dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa dalam melakukan persiapan awal sebelum sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula bulan depan.

“Hari ini kita menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada anak-anak asnaf sekitar daerah Sandakan. 

“Program ini juga ada nilainya dimana kita mengambil dan mengutamakan ilmu, sebab antara cara untuk merubah nasib asnaf adalah dengan ilmu pengetahuan, jadi pada hari ini kita telag menyampaikan Amanah daripada pembayar zakat kita,” katanya.

MUIS melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) buat julung kalinya telah melaksanakan program Kembali ke sekolah yang bermula di Sandakan.

Daerah itu dipilih sebagai lokasi pertama pelaksanaan program sebelum ianya diterusnya ke beberapa buah daerah lain di negeri ini. – SABAH MEDIA / FOTO FB Malai Ali Malai Ahmad

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular