HomeUtamaPejabat Pasport Imigresen Baharu Di Kota Kinabalu Dijangka Beroperasi Jun Depan

Pejabat Pasport Imigresen Baharu Di Kota Kinabalu Dijangka Beroperasi Jun Depan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR — Satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya. 

“Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudahkan urusan imigresen dengan masyarakat,” katanya

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh. 

Sementara itu, Tambah Saifuddin lagi,  Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen juga sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

ini kerana tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanakan di beberapa negara.

“Tempoh sah laku pasport selama 10 tahun sudah diamalkan dalam kalangan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain itu di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

Menurut Saifuddin Nasution kajian berkenaan dijangka siap dalam tempoh munasabah sebelum satu dasar dibuat berkaitan perkara itu. 

“Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun,” katanya. 

Beliau berkata tiga lagi pejabat yang melakukan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian ialah cawangan pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 3,057,825 pasport dikeluarkan tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun sebelumnya yang menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus. 

 

 

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular