HomeSukan27 atlet ITF sertai Kejohanan Taekwando Antarabangsa Hwarang Warrior

27 atlet ITF sertai Kejohanan Taekwando Antarabangsa Hwarang Warrior

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Seramai 27 atlet mewakili Persatuan Taekwando Negeri Sabah (ITF) akan menyertai Kejohanan Taekwando Antarabangsa Hwarang Warrior 2024 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Kejohanan yang diadakan selama empat hari bermula 29 Februari itu akan disertai atlet berusia antara tujuh hingga 18 tahun.

Perkara itu dinyatakan Presiden ITF Ade Rizal Pahlevi Mohd Zen ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah di sini.

Atlet yang bertanding akan beraksi dalam acara Sparing dan Pattern (mengikut kategori umur) dengan penglibatan 10 pegawai yang terdiri daripada satu pengurus, dua jurulatih dan tujuh pembantu jurulatih.

Pada kunjungan itu, Ellron turut menyempurnakan pelepasan para atlet selain turut memberi kata-kata semangat kepada atlet bertanding.

“Untuk menjadi juara, anda haruslah mempunyai kesungguhan dan keikhlasan yang tinggi terutama sekali dalam sesi latihan, pergorbanan anda ini pasti akan memberikan kejayaan kepada anda suatu hari nanti,”katanya.

Ellron turut mendoakan agar pasukan ITF yang bertanding akan meraih kejayaan yang membanggakan seterusnya mengharumkan nama Sabah di peringkat Kebangsaan.

Hadir sama Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Mansur Asun dan Pegawai Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negeri Sabah Ramzaineh Minen.  – SABAH MEDIA / FOTO KBS

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya