HomeUtamaJHEWA komited mengarusperdanakan kesaksamaan Gender

JHEWA komited mengarusperdanakan kesaksamaan Gender

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Usaha Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dalam melaksanakan Program Pembangunan Kumpulan Pakar Gender sejak 2021 adalah bertepatan bagi melahirkan lebih ramai pakar Gender di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, pelbagai inisiatif dan program di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) telah dilaksanakan.

Katanya, tindakan berterusan turut diambil bagi merapatkan jurang gender melalui inisiatif yang diambil, sama ada melalui kementerian, jabatan mahupun agensi terlibat.

“Saya berharap penglibatan, komitmen dan usaha Kementerian dan Jabatan berkerjasama dalam mengarusperdanakan Gender akan sentiasa berterusan.

“Usaha JHEWA dalam pentauliahan Jurulatih Sabah Gender Focal Points (SGFP) adalah untuk mewujudkan duta atau agen perubahan, yang kita yakin akan menyumbang kepada tadbir urus organisasi, komuniti dan negara yang lebih baik dengan pengagihan sumber dibuat secara saksama dalam memenuhi keperluan wanita dan lelaki yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pentauliahan ‘Train The Trainer’ Sabah Gender Focal Point di sini semalam.

James berkata, jurulatih SGFP inilah yang akan menjadi pendokong aspirasi Kerajaan berteraskan kefahaman, kapasiti dan keupayaan yang berkaitan gender.

Katanya, ia adalah dalam usaha merealisasikan Dasar Wanita Negara selain membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan gender di kalangan sektor awam, sektor swasta, pemimpin akar umbi khususnya dan masyarakat amnya.

“Berdasarkan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencatatkan purata skor 69.4 peratus pada 2022, meningkat 0.2 peratus berbanding 69.2 peratus pada 2021.

“Data tahun 2022 turut menunjukkan skor MGGI 2022, Malaysia berada di kedudukan ke-93 daripada 146 negara di dunia. Pada masa yang sama, dalam kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-11 pada,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular