HomeEkonomiKoko catat hasil RM8.2 bilion tahun lalu, kekal menjadi komoditi penting

Koko catat hasil RM8.2 bilion tahun lalu, kekal menjadi komoditi penting

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Koko terus menjadi tanaman komoditi penting di negara ini apabila berjaya menyumbang pendapatan sebanyak RM8.2 bilion pada tahun lalu iaitu meningkat lima peritus berbanding RM7.8 bilion pada 2022.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, berkata, sebahagian besar hasil iatu adalah daripada pendapatan eksport produk-produk koko separa siap seperti lemak koko dan serbuk koko.

Katanya, keluasan tanaman koko di negara ini turut mencatat sedikit peningkatan kepada 6,123 hektar pada tahun lalu berbanding seluas 5,985 hektar pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan 138 hektar ini adalah hasil daripada Program Tanaman Baru Koko yang laksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).

“Sabah masih lagi negeri yang mempunyai keluasan tanaman koko terbesar di negara ini iaitu 3,572 hektar atau 58 peratus daripada keluasan tanaman koko Malaysia.

“Sebanyak 89 peratus keluasan tanaman koko Malaysia adalah diusahakan oleh pekebun kecil koko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kelestarian Rantaian Bekalan Koko Melalui Teknologi Tinggi: Konsultasi Dengan Industri Dalam Teknologi Tinggi Koko 2024 (CICAT 2024), di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah; Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Ramle Kasin dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada, Cheah Chee Fong.

Kira-kira 200 peserta terdiri daripada wakil industri, penyelidik dan pakar termasuk dari negara jiran, Indonesia menghadiri seminar dua hari itu.

Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, berkata ketika ini pengeluaran biji koko dunia termasuk di Malaysia masih mengalami penurunan atas pelbagai faktor seperti kenaikan harga input pertanian dan serangan ulat serta penyakit.

“Namun, permintaan biji koko dunia adalah semakin meningkat yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan mendadak harga biji koko dunia.

“Di Malaysia, harga biji koko kini mencecah RM17 sekilogram berbanding RM8 pada 2022,” katanya.

Sementara itu, Foong Hin berkata menyedari kepentingan mekanisasi, kementeriannya memohon dana Program Mekanisasi yang akan disalurkan ke agensi kementerian termasuk LKM.

Katanya, LKM diperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tempoh 2024 hingga 2025, selain mengadakan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan kerjasama dengan pelbagai agensi, pihak industri dan universiti bagi merancakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular