HomeIsu tempatanProgram Mobiliti GIACC perkukuh kerjasama strategik UMS, Hannam University, Korea Selatan

Program Mobiliti GIACC perkukuh kerjasama strategik UMS, Hannam University, Korea Selatan

Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu: Program Mobiliti Global Industry – Academia Cooperation Collaboration (GIACC) ke Hannam University (HNU), Korea Selatan oleh sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua universiti.

Penyelaras Mobiliti FPEP, Datu Razali Datuk Datu Eranza berkata, GIACC merupakan salah satu aktiviti kerjasama mobiliti yang dijalankan FPEP melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (UPPPK), Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) FPEP, dan Program Mobiliti FPEP bersama HNU yang berasaskan pendekatan program berkredit “Capstone Design” HNU.

“Program ini merupakan lawatan balas bagi menghargai 16 warga HNU yang terdiri daripada lapan orang Profesor dan lapan pelajar universiti tersebut yang telah melawat UMS pada bulan Disember tahun lalu.

“Kerjasama sedemikian memberikan ruang dan platform untuk para pelajar dan pensyarah berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai pengurusan perniagaan antarabangsa Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena kunjungan delegasi UMS ke HNU yang bermula kelmarin.

Datu Razali memaklumkan, Pengurus Capstone Design HNU-UMS, Profesor Peter Lee Jae Myeong yang menyelaras lawatan tersebut telah merancang pelbagai program syarahan, lawatan industri dan kerja berkumpulan sepanjang lawatan kerja lima hari tersebut.

“Program GIACC yang berasaskan Capstone Design sememangnya menggalak dan melatih para pelajar dalam perniagaan antarabangsa, berdasarkan latar belakang yang berbeza bidang dan pengalaman.

“Melalui program sedemikian, pelajar dan pensyarah dapat menjalinkan hubungan antarabangsa bukan sahaja dengan rakan strategik akademik tetapi juga merangkumi penglibatan industri.

“Ini sekali gus membolehkan fakulti di kedua-dua buah universiti menambah baik keperluan pengajaran dan pembelajaran berasaskan industri, yang pada akhirnya akan melahirkan siswa-siswi berfikiran kritis dan holistik,” katanya.

Tambah beliau, Pengarah Leaders in Industry-University Cooperation 3.0 HNU, Profesor Dr. Won Gu Hwan ketika mengalu-alukan kehadiran delegasi UMS turut menyatakan harapan agar lebih banyak kunjungan antara kedua-dua pihak dapat diadakan dari semasa ke semasa.

“Hasil perbincangan dalam mesyuarat mobiliti mengharapkan agar universiti dan rakan industri di Daejon, Korea Selatan dan di Sabah akan terus memberikan sokongan bagi menjayakan GIACC Capstone Design HNU dan UMS pada masa akan datang.

“Delegasi HNU dijangka akan melawat UMS pada bulan Jun tahun ini yang dijangka akan disertai oleh para profesor, pensyarah dan siswa-siswi universiti tersebut,” ujar beliau.

Selain Datu Razali, turut terlibat dalam program tersebut Pengarah AACSB, Rosle Mohidin dan tujuh pelajar FPEP. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular