HomeUtamaSabah peruntuk RM474.66 juta perkukuh pembangunan modal insan, tingkat pendidikan

Sabah peruntuk RM474.66 juta perkukuh pembangunan modal insan, tingkat pendidikan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM474.55 juta pada tahun ini bagi memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu antaranya untuk biasiswa dan dermasiswa, pembangunan dan operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolah mubaligh.

Katanya, peruntukan itu turut melibatkan bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan dan persendirian, operasi perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak di seluruh negeri serta pelaksanaan pelbagai program, latihan dan kursus kemahiran.

Menurutnya, pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan generasi akan datang yang cemerlang, berdaya saing, berpengetahuan dan berkemahiran.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan serta isu pendidikan sebagai sebahagian agenda negara, selain secara berterusan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Kali Kesembilam di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Seramai 625 peserta KEDAP menerima sijil tamat belajar pada majlis itu.

Hajiji berkata, pendekatan pembelajaran sepanjang hayat Kementerian Pendidikan bukan sahaja untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun mendapat pendidikan prasekolah secara formal, malah orang dewasa boleh mendapat pendidikan seperti melalui Program KEDAP yang menyediakan pendidikan asas kepada ibu bapa yang buta huruf dalam masyarakat luar bandar.

Katanya turut berharap agar kejayaan peserta KEDAP menamatkan program mereka, akan meningkatkan kadar celik huruf di negara ini sekali gus menjadi perangsang kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

“Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan di negeri ini,” katanya. SABAH MEDIA / FOTO KSTI

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular