HomeIsu tempatanPemimpin masyarakat digesa jalin kerjasama dengan pihak berkuasa banteras gejala tidak sihat

Pemimpin masyarakat digesa jalin kerjasama dengan pihak berkuasa banteras gejala tidak sihat

Read Time:1 Minute, 19 Second

Tamparuli: Pemimpin masyarakat diseru agar sentiasa mengajak rakyat di kawasan masing-masing untuk menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang melanggar akhlak dan sifat-sifat murni.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, pemimpin masyarakat harus bekerjasama membantu pihak keselamatan untuk membimbing rakyat di kawasan masing-masing agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat.

“Kepada para pemimpin semua, kamulah yang menjadi harapan semua untuk memberi maklumat jelas kepada rakyat mengenai aspek keselamatan dan kesalahan jenayah di kawasan masing-masing”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program High Pofile Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bertemu Pelanggan dan Dialog Ketua Polis Daerah Bersama Komuniti Daerah Tuaran di Dewan Tun Hamdan, di sini kelmarin.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, berkata, program tersebut dilihat sebagai platform terbaik untuk kedua-dua pihak saling mengenali dan mampu berkolaborasi agar penyaluran maklumat akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pemimpin yang hadir agar memberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya sepanjang program terutamanya dalam sesi dialog bersama PDRM.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran kerana mengambil inisiatif dan daya usaha mendekati pemimpin masyarakat menerusi program ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Noraidin Ag Maidin, berkata, antara objektif program tersebut adalah bagi memupuk kerjasama di antara PDRM dan pemimpin masyarakat, kerana tanggungjawab membanteras jenayah seharusnya dipikul bersama.

“Penglibatan pemimpin masyarakat tempatan amat kami perlukan, sesuai dengan slogan PDRM, ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular