HomeUtamaKeganasan Israel cabul Undang-Undang Antarabangsa

Keganasan Israel cabul Undang-Undang Antarabangsa

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin merupakan satu tindakan pencabulan undang-undang antarabangsa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, tindakan kejam tentera Zionis Israel di wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia.

“Sesungguhnya, tindak-tanduk tentera Israel melalui pengeboman dari udara, laut dan darat secara besar-besaran di Gaza, Palestin sehingga ke hari ini merupakan tindakan angkuh dan tanpa rasa belas ihsan terhadap warga Palestin.

“Serangan-serangan kejam ini mengakibatkan banyak nyawa warga Palestin terkorban termasuk kaum wanita, kanak-kanak dan warga tua yang tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka.

“Betapa anak-anak ini tiada cita-cita lain selain ingin melihat Palestin bebas dan merdeka daripada kekejaman,” ketika merasmikan Wacana Pemikir 2.0: Isu Palestin dan Masa Depan Geopolitik Asia Barat, di sini kelmarin.

Seramai 300 peserta menghadiri program tersebut yang dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dan Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Di samping itu, Arifin juga menyeru masyarakat untuk bersama menunjukkan keprihatinan dan solidariti dengan memohon doa keselamatan serta menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban penderitaan rakyat Palestin.

“Majlis keilmuan yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri ini merupakan salah satu cara bagi rakyat Sabah dan Malaysia amnya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap warga Palestin,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau menyaksikan penyerahan cek cura Himpunan Kemanusiaan Untukmu Palestin berjumlah RM377,945.10 daripada Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad kepada Global Peace Mission Malaysia yang diwakili Pengerusinya Dr. Jufitri Joha.

Turut sama menjayakan program tersebut adalah Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Islam Negeri Sabah (CONCERN), Sabah Islamic Future Network (SIFN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Sabah).

RELATED ARTICLES
Utama

Pantai Tanjung Aru, Prince Philip Park kekal terbuka untuk orang ramai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular