HomeUtamaAhli perniagaan bebas tuduhan pecah amanah

Ahli perniagaan bebas tuduhan pecah amanah

Read Time:46 Second

Oleh J Evachel John

KUDAT: Seorang ahli perniagaan dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan wang berjumlah RM20,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Akhirudin Acho membuat keputusan itu terhadap Ong Boon Chew, 66, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ong dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Mengikut pertuduhan, Ong yang merupakan pengarah Syarikat Forestnation Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang milik syarikat tersebut pada 8 Februari 2024 di Syarikat Guan On Hardware Sdn Bhd, Kota Belud.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang berlangsung dari 27 Ogos 2025 hingga 17 Mac lalu, pihak pendakwaan memanggil enam saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan yang dibayar oleh Ong dipulangkan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin manakala Ong diwakili peguam Aaron Mark Pius.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 13 bulan miliki kabel curi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular