HomeUtamaLelaki dipenjara 13 bulan miliki kabel curi

Lelaki dipenjara 13 bulan miliki kabel curi

Read Time:42 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 13 bulan selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi berupa kabel tembaga milik Telekom Malaysia (TM).

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Stenlly Jimi, 32, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang menyimpan dua batang kabel tembaga jenis 1200 Pair pada 4 Februari lalu di tepi Jalan Kolombong, Inanam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, polis menerima maklumat awam mengenai kegiatan kecurian kabel di kawasan berkenaan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menyimpan dua batang kabel tembaga jenis 1200 Pair milik TM walaupun mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta tersebut adalah harta curi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri.

RELATED ARTICLES
Utama

Ahli perniagaan bebas tuduhan pecah amanah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular