HomeEkonomiDOSM jangka prospek ekonomi lebih baik dalam masa terdekat

DOSM jangka prospek ekonomi lebih baik dalam masa terdekat

Read Time:1 Minute, 32 Second

CYBERJAYA – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ini disokong oleh Indeks Pelopor (IP) yang pulih ke trajektori positif sebanyak 0.3 peratus untuk mencapai 110.1 mata pada Disember 2023 berbanding 109.8 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, ini merupakan pertumbuhan positif yang pertama selepas penurunan sembilan bulan berturut-turut, didorong oleh lonjakan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (41.5 peratus) berbanding negatif 25.8 peratus pada November 2023.

“Melihat kepada prestasi bulanan, IP juga meningkat sebanyak 0.3 peratus, disumbangkan oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia dan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

DOSM berkata, kadar pertumbuhan IP terlicin bagi Disember 2023 kekal di bawah trend 100.0 mata.

“Meskipun masih berada di bawah trend, ekonomi Malaysia dijangka lebih baik dalam tempoh terdekat, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan keadaan pasaran pekerjaan yang stabil,” katanya.

Merujuk kepada senario ekonomi semasa, DOSM berkata, Indeks Serentak (IS) meningkat 2.3 peratus kepada 123.1 mata pada Disember 2023 berbanding 120.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh semua komponen kecuali Indeks Pengeluaran Perindustrian (-0.1 peratus),” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, IS menyusut 0.5 peratus bulan ke bulan, disebabkan oleh prestasi Indeks Pengeluaran Perindustrian yang tidak memberangsangkan (-0.3 peratus). – Bernama

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular