HomeUtamaKPKM ketuai, selaras sesi libat urus isu padi dan beras

KPKM ketuai, selaras sesi libat urus isu padi dan beras

Read Time:1 Minute, 7 Second

Putrajaya : Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) 2024 mengambil ketetapan agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira dan mendengar pandangan semua pihak temasuk beberapa wakil industri, badan bukan kerajaan yang mewakili pesawah dan pengilang bagi memastikan ketersediaan beras pada harga yang munasabah kepada rakyat.

“Libat urus ini perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan,harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna.

“Saya turut mengarahkan supaya hasil libat urus ini dibentang dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat NACCOL pada 20 Mac 2024 sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini susulan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Anwar berkata, dalam tempoh itu, program jualan murah termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan lain- lain diperbanyakkan supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan harian, termasuk beras pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

“Pada masa sama, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) juga bersetuju untuk mempertimbangkan semula penawaran harga Beras Padi Import (BPI) dalam pasaran domestik supaya BPI boleh dijual pada harga lebih rendah, sekali gus mewujudkan alternatif kepada rakyat untuk mendapatkan beras dengan harga yang lebih berpatutan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PMO

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular