HomeUtamaKetua Pengarah Penggalakan Pelancongan Ditamatkan Perkhidmatan ?

Ketua Pengarah Penggalakan Pelancongan Ditamatkan Perkhidmatan ?

Read Time:1 Minute, 10 Second

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar dilapor ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 26 Februari iaitu Isnin depan.

Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Mengikut laporan Sinar Harian, penamatan dilakukan oleh King Sing kerana tidak berpuas hati dengan Ammar yang tidak mahu mengikuti arahannya, yang didakwa bercanggah dengan peraturan dan tatakelola.

Menurut kenyataan surat berkenaan, penamatan perkhidmatan Ammar selaras dengan peruntukan undang-undang.

” Saya ingin merakam ucapan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh YBhg. Dato’ Dr. dilantik sebagai Ketua Pengarah LPPM”

” Saya juga berharap YBhg. Dato’ Dr. akan terus memberikan sumbangan kepada usaha merancakkan pelancongan di dalam negara serta kehadiran pelancong luar negara pada masa akan datang” kata King Siong di dalam suratnya itu.

Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023

Beliau menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023.

Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania).

Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur terbakar, dipercayai dikhianat dengan bom petrol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular