HomeUtamaInfrastuktur pelancongan baharu perlu dibangunkan di Tawau

Infrastuktur pelancongan baharu perlu dibangunkan di Tawau

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Infrastuktur pelancongan baharu perlu dibangunkan di daerah Tawau bagi memberi tarikan tambahan kepada pelancong untuk tinggal lebih lama bercuti di beberapa kawasan di Pantai Timur negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia juga adalah bagi mengurangkan kesesakan pelancong yang sering berkunjung ke daerah Semporna.

“Sebagai permulaan, terdapat rancangan untuk membina sebuah jeti di Tawau bagi memudahkan perjalanan bot sebagai pengangkutan alternatif kepada pelancong yang berhasrat untuk melawat Semporna dalam tempoh sehari.

“Selain itu, kita turut menggalakkan para pelabur untuk membangunkan Taman Bukit Tawau sebagai kawasan tumpuan pelancong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christina sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berkaitan pelancongan antara Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Sri Pelancongan Sabah (SPS) di sini.

Pada mesyuarat itu, Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd Ken Pan Ying On dilantik sebagai pengendali bagi membangunkan produk pelancongan di Tawau dan Semporna.

“Ken akan bertanggungjawab merangka rancangan untuk menyebarkan faedah ekonomi pelancongan antara Tawau dan Semporna. Sekarang ini, terdapat tumpuan pelancong di Semporna, di mana terletaknya syurga menyelam Sipadan yang terkenal di dunia.

“Ini juga adalah sebagai langkah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang seimpbang di antara kedua-dua daerah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KEPKAS

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular