HomeUtamaSindiket edar lebih 200kg dadah guna khidmat kurier tumpas

Sindiket edar lebih 200kg dadah guna khidmat kurier tumpas

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine lebih 200 kilogram dianggarkan bernilai RM 6,851,400.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil risikan dan penyaluran maklumat pada 15 Februari 2024 jam 9.10 pagi, pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (COBRA), pasukan serbuan dianggotai oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari Cawangan Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta pasukan anggota COBRA telah membuat serbuan dan pemeriksaan di salah sebuah premis di Penampang.

“Serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah dalam Operasi Dragon Malaysia Korea (MK).

“”Hasil pemeriksaan pasukan serbuan telah menemui Lima Belas kotak parcel yang disyaki mengandungi barang larangan disyaki dadah berbahaya.

“Pengesahan lanjut dilakukan dengan cara membuat imbasan ke atas lima belas buah kotak parcel tersebut dan mendapati imbasan menunjukkan imej isi kandungan parcel yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan dadah (TRUNAC) telah mendapati bahawa kandungan 15 buah kotak percel tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 205 kg dan dianggarkan bernilai RM 6,851,400.00,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasir, modus operandi (MO) bagi kes ini adalah mengedarkan dadah menggunakan perkhidmatan kurier dan memasukkan dadah dalam bungkusan plastik warna emas GUANYINWANG, plastik warna hijau QING SHAN, plastik warna gangsa LING RAN TEA, dan plastik warna biru CAI YUN LI agar dadah berbahaya yang dibungkus tidak dikesan oleh pihak penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat, namun usaha untuk mengesan pengirim dan penerima sedang dilakukan. Kes kini dalam siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah merupakan rampasan dadah berbahaya yang pertama bagi tahun 2024 dan terbesar yang pernah direkodkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah.

“Berdasarkan analisis yang yang dijalankan, kejayaan ini dijangka dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,050,000 orang penagih dadah dengan mengambil kira anggaran penggunaan purata sebanyak 0.1 gram bagi seorang penagih dadah,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Wakili Malaysia di Taipei 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular