HomeUtamaSPRM Sabah tahan lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud

SPRM Sabah tahan lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita hari ini mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, suspek yang berusia sekitar 60-an dan bekerja sendiri telah meminta dan menerima wang rasuah berkenaan kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek yang bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan projek tersebut tidak wujud.

“Kejadian berkenaan dilakukan suspek sekitar tahun 2019 di mana supek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek terbabit.

“Suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular