HomeUtama3,050 pelajar Sabah telah dibantu menerusi TPNS

3,050 pelajar Sabah telah dibantu menerusi TPNS

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah telah berjaya membantu seramai 3,050 orang pelajar di negeri menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dengan peruntukan berjumlah RM4.4 juta sejak ditubuhkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu adalah dikhususkan untuk anak-anak Sabah terutama kepada golongan B40.

Katanya, bantuan itu jugalah adalah bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan ianya selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Tabung ini sepertimana yang saya maklumkan sebelum ini adalah ilham Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk memperkasakan pendidikan selain daripada Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kita juga membantu melalui tabung ini (TPNS) mendokong usaha dalam memperkasa bidang pendidikan di Sabah.

“Setakat ini, tabung ini mengeluarkan RM4.4.juta untuk anak-anak kita dan lebih kurang 3,050 orang pelajar telah menerima manfaat ini sejak ia ditubuhkan.

“Pada hari ini (semalam) kita menyampaikan tiga lagi bantuan kepada pelajar dalam membantu mereka dan semoga ada manfaatnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada tiga penerima di sini, semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya akan membuat mesyuarat dan setiap bulan akan menyampaikan bantuan itu bagi membantu anak-anak yang layak.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Dr Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Zainuddin Aman, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidin dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya