HomeUtamaSuhu panas meningkat beri kesan Sistem Grid Elektrik - Adrian

Suhu panas meningkat beri kesan Sistem Grid Elektrik – Adrian

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda negeri Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat.

Menurut Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Adrian Leo Mosigil (gambar), keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskannya.

Katanya, pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.

“Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat.

“Selain itu, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem kawalan dokumen Kerajaan perlu ditadbir urus dengan baik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular