HomeUtamaKPDN lancar OPS KESAN bermula 1 Mac 2024 pantau kesan pelaksanaan kenaikan...

KPDN lancar OPS KESAN bermula 1 Mac 2024 pantau kesan pelaksanaan kenaikan SST

Read Time:1 Minute, 14 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan OPS KESAN 2024 bermula 1 Mac 2024 bertujuan untuk memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata OPS KESAN akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

“Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

“Ini termasuk pemantauan kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, OPS KESAN telah dikuat kuasakan melalui Arahan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bil. 8/2024 yang telah dikeluarkan pada 29 Februari 2024 dan dipanjangkan kepada semua KPDN Negeri.

“Pada masa yang sama, KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan tentang sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenal pasti.

“KPDN akan membuat siasatan serta-merta di premis-premis terlibat,” tegasnya.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan
sebagaimana berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Capaian internet catat peningkatan bagi kawasan berpenduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular