HomeUtamaLokomotif rempuh penghadang hujung landasan, dinding pagar Stesen Sembulan

Lokomotif rempuh penghadang hujung landasan, dinding pagar Stesen Sembulan

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Sebuah lokomotif milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) merempuh penghadang hujung landasan dan dinding pagar Stesen Keretapi Sembulan dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.08 pagi tadi (2 Mac).

Menurut Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, perkhidmatan keretapi yang terlibat adalah PU201 yang membawa penumpang daripada Beaufort ke Sembulan, dengan formasi terdiri daripada sebuah lokomotif dan empat buah gerabak penumpang.

“Semasa menghampiri ke Stesen Sembulan, Jentera Lokomotif 7001 mengalami masalah teknikal, dimana sistem angin mengalami kerosakan dengan tiba-tiba menyebabkan sistem brek Jentera Lokomotif 7001 tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Ini mengakibatkan jentera tersebut terpaksa merempuh penghadang (Bumper Stopper) di hujung landasan keretapi dan dinding pagar di Stesen Sembulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Shahelmey berkata, insiden ini tidak mendatangkan sebarang kerosakan kepada empat gerabak penumpang yang terlibat, serta tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang dan kakitangan yang bertugas.

Katanya, empat gerabak ini telah ditarik menggunakan lokomotif yang lain dan meneruskan perjalanan untuk perkhidmatan lain yang telah dijadualkan.

“Tidak ada perkhidmatan yang lain yang terjejas disebabkan oleh insiden ini,” katanya.

Menurutnya lagi, Lokomotif 7001 telah terkeluar daripada landasan, serta mengalami kerosakan pada komponen bogie, sistem brek dan buffer, serta komponen lain yang akan
dikenalpasti selepas pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Kerja manaikkan lokomotif 7001, pembaikan penghadang dan rel yang putus, serta pembaikan dinding pagar stesen yang roboh akan dilaksanakan dalam kadar segera berpandukan peraturan-peraturan sedia ada.

“Siasatan lanjut mengenai perkara ini juga akan dibuat bagi mengelakkan insiden yang sama berulang pada masa hadapan,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular