HomeEkonomiAirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap sempena Hari...

AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap sempena Hari Raya

Read Time:1 Minute, 56 Second

SEPANG, 4 Mac 2024 – AirAsia meneruskan komitmennya untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman dengan menawarkan lebih daripada 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mulai 5 hingga 17 April 2024, para tetamu boleh terbang ke kampung halaman mereka dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri; dan Johor Bahru ke Kuching, Sibu, atau Miri dengan tambang tetap RM298* sehala. 

Selain itu, mereka juga boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau; serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan tambang tetap RM348* sehala.

Tambang promosi ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 17 April 2024 di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE, sebelum ini dikenali sebagai ‘airasia Superapp’.

Selain daripada 122 penerbangan lewat malam pada tambang rendah tetap untuk 11 destinasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 735 penerbangan mingguan dengan tambang biasa** ke Sabah, Sarawak dan Labuan sebagai sokongan kepada inisiatif musim perayaan oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkata: “Kerajaan terus berazam untuk memudahkan perjalanan udara bagi rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang munasabah dan berpatutan. 

Komitmen ini merupakan usaha kerjasama dengan pemain industri seperti AirAsia untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Justeru, saya berbesar hati untuk menyokong inisiatif tambang tetap AirAsia untuk sambutan Hari Raya akan datang. 

Selain itu, pengumuman baru-baru ini mengenai kadar tambang maksimum RM599 untuk penerbangan kelas ekonomi sehala ke Sabah, Sarawak dan Labuan menjelang Hari Raya Aidilfitri merupakan langkah proaktif kami untuk memenuhi keperluan para pengembara selain menyokong inklusiviti dan tambang berpatutan. 

Kami berharap untuk terus kerjasama dengan semua pemain industri untuk membolehkan rakyat Malaysia balik kampung dengan selamat, lancar, dan berpatutan semasa musim perayaan katanya

Maklumat lanjut berkaitan harga tiket

*Tambang tetap promosi yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain. 

**Penerbangan dengan tambang asas yang kurang daripada RM599 akan dijual pada tambang semasa. Tambang tidak boleh dikembalikan dan tertakluk kepada terma dan syarat lain. Subsidi kerajaan untuk pembelian tiket kelas ekonomi sehala melebihi RM599 dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak, dan Labuan adalah tersedia tiga hari sebelum Hari Raya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular