HomeEkonomiHelikopter EC725 TUDM Berjaya Capai 30,000 jam penerbangan

Helikopter EC725 TUDM Berjaya Capai 30,000 jam penerbangan

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kuala Lumpur, –  Armada H225M (dikenali tempatan sebagai EC725 Caracal) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meraikan satu lagi kejayaan dengan pencapaian 30,000 jam penerbangan – antara yang tertinggi di Asia Pasifik.

Majlis tersebut diadakan di Pangkalan Udara TUDM Labuan dan dihadiri oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara hari ini.

Menurut Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia Axel de Pascal, Airbus berbangga dengan perkhidmatan  secara berkesan dan cekap armada H225M kepada Tentera Udara Diraja Malaysia sepanjang dekad yang lalu

“ Armada tersebut memainkan peranan yang penting dalam semua misi strategik dan taktikalnya.


“Kami sangat berbesar hati untuk bersama tentera udara meraikan capaian penerbangan penting ini yang menekankan kepentingan aset ini kepada operasi TUDM.” Katanya.

de Pascal menyampaikan anugerah kepada Jeneral Tan Sri  Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bagi memperingati peristiwa penting ini.

Juruterbang H225M Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah mencapai 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan masing-masing dalam helikopter H225M juga telah diberikan anugerah pencapaian jam penerbangan di majlis bersejarah tersebut.

Dalam pada itu, Majis tersebut juga menandakan kejayaan pertama pemasangan kotak gear utama dipertingkatkan (enhanced main gear box – eMGB) di luar Eropah pada salah satu helikopter H225M TUDM.

eMGB akan memberikan penambahan keteguhan dan mengurangkan beban kerja penyelenggaraan armada H225M.

Armada helikopter H225M Tentera Udara DiRaja Malaysia sebanyak 12 unit ini telah berkhidmat semenjak 2012 lagi. 

Direkabentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa. 

Aset tempur, pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M membolehkan pasukan tentera di hantar ke mana sahaja pada bila-bila masa ia diperlukan. Pada masa kini, sejumlah 170 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Lebih daripada 200 helikopter jenis Super Puma sedang beroperasi di rantau Asia-Pasifik.

Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Singapura, Thailand dan Kuwait juga bergantung kepada keupayaan helikopter H22M untuk menyokong dan melaksanakan misi mereka yang paling mencabar.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular